“Saya telah mengarahkan Kementerian Pertahanan membuat penilaian terhadap pesawat dan sistem pertahanan.

“Kita tidak seharusnya membeli senjata sahaja, tetapi kita juga perlu beralih untuk memodenkan sistem persenjataan kita,’’ katanya dalam akaun Twitternya, semalam.

Beliau berkata, industri pertahanan negara perlu terlibat dalam semua aspek termasuk penghasilan, operasi, dan penyelenggaraan.

Sementara itu, dalam ucapannya yang disiarkan di stesen televisyen hari ini, Jokowi berkata, pemilikan senjata perlu bergerak ke arah industri pertahanan bebas.

Jokowi turut mengarahkan supaya satu siasatan penuh dijalankan untuk mencari punca nahas itu.

Beliau dalam pada itu turut me­rakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tersebut.

“Saya menyampaikan belasungkawa sedalam-dalamnya atas gugurnya putera-putera terbaik Hercules. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan dan kesabaran,’’ katanya semasa berucap sempena sambutan hari ulang tahun ke-69 Polis Republik Indonesia (Polri), di sini, hari ini.

Sementara itu, jumlah mereka berada di kawasan perumahan di Simalingkar, lokasi pesawat tersebut terhempas, masih belum diketahui.

Pegawai berkata, pesawat Hercules terhempas di kawasan perumahan itu, dua minit sejurus berlepas dengan membawa 122 orang anak kapal dan penumpang.

Ada pihak mendakwa, kira-kira 20 penduduk terbunuh akibat rempuhan pesawat tersebut.

“Dua mayat ditemui dalam ke­adaan tidak sempurna,’’ lapor TVOne.

Pasukan penyelamat, hari ini terus membersihkan runtuhan bangunan menggunakan dua jentera berat bagi mencari mangsa yang terselamat.

Pegawai berkata, setakat ini ha­nya 62 mayat berjaya dikenal pasti.

“Mangsa dapat dikenal pasti melalui pakaian seragam tentera dan kami kini cuba mengenal pasti mayat-mayat yang lain,’’ katanya.

TNI turut membatalkan semua operasi lapan buah pesawat C-130 sehingga siasatan mengenai punca nahas tersebut selesai. – Reuters