Lapor Detik News, usaha membebaskan Siti Aisyah dibuat menerusi beberapa sisi pertemuan termasuk antara Jokowi dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Istana Bogor, Ogos lalu.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana berkata, kejayaan Indonesia membebaskan wanita itu adalah komitmen Jokowi memastikan kehadiran kerajaan dalam membantu rakyat Indonesia yang berdepan masalah di luar negara.

“Permintaan itu selaras dengan arahan Presiden Indonesia setelah penyelarasan dibuat antara Menteri Hukum dan Hak Aasasi Manusia, Menteri Luar, Ketua Polis, Peguam Negara dan Ketua Risikan Indonesia,” kata Rusdi, hari ini.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama, Siti Aisyah, 26, yang didakwa membunuh Jong-nam dua tahun lalu.- AGENSI