JHO LOW
JHO LOW

Menurut laporan portal berita Bloomberg, pihak berkuasa negara itu merancang membawa kapal layar itu dari Indonesia dan menjualnya di AS.

Hakim Los Angeles, Dale Fischer berkata, keputusan itu bagaimanapun tidak menggugat kedaulatan Indonesia.

Ini berikutan sebuah mah­kamah Indonesia bulan lalu mengarahkan kapal layar sepanjang 91.44 meter itu diserahkan semula kepada Jho Low selepas mendapati bahawa polis negara itu menyitanya secara salah atas arahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

“Ini bukannya isu kerajaan AS merampas harta secara paksa dalam sebuah negara asing tanpa kuasa yang sewajarnya daripada kerajaan negara itu,” kata Fischer.

Sehubungan itu, Fischer memutuskan pihak yang mempunyai hak milik ke atas Equanimity bagi pihak Jho Low, menyerahkan kapal layar itu tanpa rampasan oleh AS di perairan Indonesia.

Hakim itu turut memberitahu, pihak terbabit boleh mematuhi perintah atau sebaliknya bergantung kepada ‘akibat yang mereka mahukan’.

Pihak itu juga diberi tempoh 30 hari untuk mencabar keputusan tersebut disebabkan sifat unik prosiding berkenaan.

Kapal layar itu adalah antara lebih AS$1.5 bilion (RM5.95 bilion) aset yang didakwa AS dibeli oleh Jho Low dan rakannya menggunakan dana yang diseleweng dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).