Menurut agensi berita WAM yang memetik pihak berkuasa penerbangan awam UAE sebagai berkata, pesawat itu terpaksa terbang ke arah berlainan bagi mengelakkan bertembung dengan jet berkenaan.

Bagaimanapun agensi terbabit tidak mendedahkan identiti pesawat tersebut.

Selain itu, Qatar juga masih belum memberikan sebarang komen berhubung dakwaan berkenaan. - REUTERS