Menurut Kementerian Pertanian Lower Saxony, kumpulan telur yang tercemar itu berasal dari firma organik di Belanda selain menegaskan bahawa keadaan tersebut tidak berbahaya kepada kesihatan manusia buat masa sekarang.

“Jumlah fipronil dikesan adalah melebihi had undang-undang yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU) tetapi masih berada jauh di bawah tahap yang boleh memberi risiko kepada kesihatan,” kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan lewat semalam. -AFP