Proses pemindahan yang memakan masa sehari suntuk itu bagaimanapun menjejaskan operasi di tujuh buah rumah penjagaan orang tua serta beberapa laluan kereta api di sekitar bandar yang padat dengan penduduk itu.

Beberapa penganjuran acara sukan, kebudayaan dan riadah termasuk lawatan muzium serta tayangan filem untuk memenuhi masa penduduk juga terjejas akibat proses pemindahan berkenaan.

Difahamkan, operasi mematikan lima butir bom yang tidak meletup itu telah dirancang sejak pertengahan bulan lalu. -AFP