Akhbar Bild semalam melaporkan, seramai 50 anggota rejimen payung terjun akan turut menyertai kontinjen itu, namun masih belum diputuskan oleh Parlimen.

Jurucakap Menteri Luar berkata, kerajaan Jerman dan Perancis akan bekerjasama dengan OSCE untuk menyokong misi di Ukraine.

Kedua-dua negara turut mempertimbangkan untuk menghantar pesawat bagi membantu memantau misi OSCE di Ukraine. - AFP