Jurucakap kerajaan wilayah, Darusman berkata, gabenor mengisytiharkan darurat bagi membolehkan pihak berkuasa wilayah mengambil tindakan untuk mengelakkan bencana jerebu pada tahun lepas, berulang.

“Bagaimanapun, kehidupan penduduk wilayah ini (Riau) berjalan seperti biasa,” katanya.

Kebakaran hutan yang menyaksikan asap tebal dan debu menyelubungi Asia Tenggara menjadi tidak terkawal pada tahun lepas dan menyebabkan kerugian berjumlah AS$16 bilion (RM65.84 bilion).

Darusman berkata, kira-kira 500 askar dan polis bersama sebuah helikopter dikerah bagi membantu memadam kebakaran.

“Bagaimanapun, jerebu masih belum sampai ke kawasan ban-dar,” katanya.

Kebakaran hutan, selalunya dimu-
lakan syarikat pertanian untuk mengosongkan kawasan tanaman dan bertukar menjadi buruk pada tahun lepas kerana musim kering berpanjangan akibat fenonena El Nino.

Presiden Indonesia, Joko Wido-
do menggesa pihak berkuasa mengawal titik panas yang menjadi punca kebakaran, daripada merebak ke kawasan sekitar.

Joko, pada tahun ini menubuhkan sebuah agensi bagi memulihkan kira-kira dua juta hektar kawasan tanah gambut. – REUTERS