Ketua Setiausaha Kabinet, Takeo Kawamura pada satu sidang akhbar berkata, Jepun berharap situasi yang berlaku akan diselesaikan secara aman.

"Kerajaan bersedia melakukan usaha terbaik untuk memastikan keselamatan rakyat dan syarikat Jepun yang berada di sana.

"Kami perlu mempertimbangkan langkah seterusnya dengan serius sekiranya situasi tidak berubah," tegas beliau lagi. - AFP