Gegaran itu menyebabkan tanah runtuh, enam buah rumah turut musnah dan seorang mangsa dilaporkan terbunuh.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Menurut laporan media tempatan, seorang lelaki berusia 82 tahun maut selepas terjatuh dari tangga ketika gegaran berlaku.

Sekurang-kurangnya empat tanah runtuh dilaporkan ekoran gempa bumi berkenaan. - AFP