ROKET Epsilon-4 berlepas dari pusat angkasa Uchinoura di wilayah Kagoshima, Jepun hari ini. - AFP

Sebuah syarikat start-up yang berpangkalan di Tokyo membangunkan satelit mikro untuk ‘pertunjukan langit’ di Hiroshima pada awal tahun hadapan sebagai salah satu eksperimen awal bagi tujuan perkhidmatan dipanggil sebagai ‘permintaan tahi bintang’.

Satelit berkenaan akan melepaskan bebola kecil yang terang ketika ia bergerak melalui atmosfera, seakan-akan seperti hujan meteor.

Satelit tersebut dibawa ke angkasa oleh roket Epsilon-4 yang berlepas dari pusat angkasa Uchinoura pagi ini. - AFP