Bekas Timbalan Perdana Menteri Yugoslavia Nikola Sainovic, bekas Ketua Angkatan Bersenjata Yugoslavia Dragoljub Ojdanic dan Ketua Polis Serbia Sreten Lukic dihukum penjara 22 tahun atas tuduhan jenayah kemanusiaan dan pencabulan undang-undang.

Sementara Jeneral Tentera Darat Yugoslavia Vladimir Lazarevic dan Ketua Kakitangan Jeneral Dragoljub Ojdanic yang didapati bersalah kerana terlibat dengan pengusiran etnik Albania dari Kosovo dihukum penjara 15 tahun.

Milutinovic dan lima tertuduh itu mula dibicarakan pada Julai 2006 atas tuduhan mengusir kira-kira 800,000 penduduk awam dari Kosovo dan mengakibatkan kematian beratus-ratus tentera Serbia.

''Perbicaraan mendapati anda tidak bersalah atas kelima-lima pendakwaan.

''Tribunal juga merasakan Milutinovic tiada niat jenayah,'' kata Hakim Iain Bonomy. - Reuters