Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui, tindakan itu sebenarnya bleh mencetuskan serangan asma yang membunuh, kata Pheena Kenny, seorang pakar dan juga pengurus promosi kesihatan Persatuan Asma Ireland.

Menurut beliau, persekitaran dalam rumah yang lembap boleh menggalakkan pertumbuhan kulapuk yang membebaskan ‘benih’nya dipanggil spora.

Spora ujar Kenny, boleh mencetuskan tindak balas alergi kepada sesetengah orang.

“Namun, bagi pengidap asma yang sensitif terhadap pembentukan spora, kesannya mungkin akan menjadi lebih buruk berbanding biasa,” katanya lapor Mail Online baru-baru ini.

Difahamkan, spesies fungus yang dikenali sebagai aspergillus fumigatus pada kain jemuran tersebut juga boleh dikaitkan sebagai punca terjadinya masalah paru-paru.

Sehubungan itu, Kenny me­nge­syorkan supaya pakaian seboleh-bolehnya dijemur di ampaian luar rumah.

Tambahnya, jika menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian terutamanya ketika cuaca buruk, beliau menyarankan supaya pakaian tersebut dijemur di bilik atau ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik.