Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan menyeluruh telah dilaksanakan di setiap maktab dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan.

Namun jelasnya, khemah-khemah berkenaan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara,.

“Bekalan eletrik disambung semula secara berperingkat mulai pukul 10:45 malam,” ujar beliau.

Ribut di Arafah bermula pukul 6:30 petang sehingga 8 malam (waktu Arab Saudi).

Menurut Syed Saleh, semasa kejadian ribut dan hujan tersebut, pihak bomba telah mengarahkan bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamatan para jemaah haji yang berada di Arafah.

Justeru katanya, waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah. - UTUSAN ONLINE