Satu pasukan mendaki ber­kata, mereka turut menemukan serpihan pesawat pengangkut turboprop (berkipas), Antonov An-12 milik Tentera Udara India, yang terhempas pada Februari 1968.

“Kami terjumpa lengan ma­nusia yang terjulur dari ais dengan bahagian badan jasad askar itu dapat dilihat berada di dalam glasier,” kata ketua ekspedisi pendakian, Rajiv Rawat, semalam.

Rawat berkata, pihaknya telah menghubungi tentera India yang sejak itu melancarkan operasi untuk membawa keluar jasad mangsa.

Ekspedisi itu menemukan jasad tentera berkenaan pada altitud kira-kira 5,500 meter di kawasan pergunungan Himalaya.

Penemuan semalam adalah yang kelima bagi jasad tentera yang terbabit nahas pesawat pengangkut itu selepas beberapa dekad operasi mencari mangsa nahas yang gagal membuahkan ha­sil.

Kali terakhir jasad askar India itu ditemukan adalah pada 2013.

Sebanyak 102 orang terbunuh dalam nahas itu termasuk 98 anggota tentera.

Pesawat itu dalam perjalanan ke lapangan terbang di Kashmir namun gagal mendarat dalam keadaan cuaca buruk dan terputus hubungan di kawasan lembah Spiti di utara jauh India. – AFP