Menurut jurucakap TKN, Arya Sinulingga, ramai orang dilihat menyokong Ma’ruf yang merupakan calon wakil Presiden (cawapres) nombor 1.

Tribunnews melaporkan, bahkan tidak ramai yang khuatir sekiranya Ma’ruf akan menjejaskan prestasi Jokowi pada debat Pilpres nanti.

Pada debat ketiga itu, Ma’ruf akan berdepan dengan cawapres nombor 2 iaitu Sandiaga Uno.

“Kalau pihak sana memandang rendah, kami gembira, kerana kami optimis Ma’ruf boleh mengatasi pesaingnya,” kata Arya, semalam.

Menurut Arya, Ma’ruf me­rupakan tokoh ulama terkemuka dan kerap mengajar pelajar sekolah pondok.

Disebabkan itu, Arya tidak meragui kemampuan Ma’ruf dalam menyampaikan hujahnya pada debat ketiga nanti.

“Ma’ruf merupakan ulama yang biasa menyampaikan khutbah dan ceramah, beliau sering ditanya dan sudah pasti mampu menjawab persoalan orang,” jelasnya.

Selain itu, Ma’ruf juga me­rupakan bapa ekonomi syariah yang telah memperjuangkan ‘ekonomi keumatan’ di negara ini. – AGENSI