Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan layan e-mel minta 
tekan pautan Google Docs

pengguna diminta jangan melayan e-mel yang meminta mereka menekan
Pengguna diminta jangan melayan e-mel yang meminta mereka menekan pautan ke Google Docs bagi mengelak akaun peribadi digodam.

NEW YORK 4 Mei – Syarikat multinasional, Alphabet Inc. memberi amaran kepada pengguna supaya berhati-hati dengan taktik e-mel yang meminta mereka untuk menekan pautan ke Goo­gle Docs sehingga menyebabkan akaun peribadi digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebilangan besar pengguna me­dia sosial telah membuat aduan mengenai akaun mereka telah digodam selepas menekan pautan berkenaan.

Google semalam sudah me­ngambil langkah-langkah untuk melindungi pengguna daripada serangan tersebut dengan menyekat akaun yang diserang.

Penggodam menggunakan se­rangan phishing iaitu satu teknik penggodaman yang menipu peng­guna supaya memberikan maklumat peribadi dan mendapatkan akses kepada akaun tanpa kata laluan.

“Ini adalah masa depan phi­shing. Teknik itu memastikan pe­nyerang mencapai matlamat mereka tanpa perlu meletakkan malware ke dalam peranti mangsa,” kata Ke­tua Pegawai Teknology PhishMe Inc., Aaron Higbee.

Tambahnya, penggodam membawa sesetengah pengguna ke laman web ‘haram’ untuk mencuri kata laluan akaun peribadi mereka.

Sesiapa sahaja yang memasuki apli­kasi haram tersebut secara tidak sengaja akan memberikan pe­­luang kepada pe­nggodam untuk meng­akses data akaun Google peri­badi se­perti e-mel, kenalan serta dokumen dalam talian.

“Ini merupakan situasi sangat serius kepada mereka yang diserang ke­rana akaun mangsa dikawal oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata Professor Ke­selamatan Siber di Pusat Pengajian Kejuruteraan NYU Tandon, Justin Cappos. – REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain