Tereza Burki, seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak memenangi saman berjumlah 13,100 Pound Sterling (RM70,495) akibat tidak berpuas hati dengan keseimbangan jumlah ahli lelaki dalam laman itu.

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi Chelsea, Richard Parkes QC, Burki mengharapkan temujanji bersama seorang lelaki romantik dengan membayar wang yang banyak kepada agensi berkenaan.

“Burki berasa diperdaya selepas membayar 12,600 Pound Sterling (RM67,804.40), namun tidak menemui lelaki seperti yang dijanjikan,” katanya.

Dalam pada itu, Richard berkata, Burki juga mengemukakan pelbagai permintaan kepada agensi cari jodoh itu mengenai ciri-ciri lelaki yang dikehendakinya.

Antara ciri-ciri itu ialah, lelaki yang sopan-santun, romantik, mempunyai kerjaya yang baik dalam bidang kewangan, mengamalkan gaya hidup mewah serta boleh membawanya melancong.

Pengarah Urusan Seventy Thirty, Lemarc Thomas, berkata, mereka mempunyai ramai ahli lelaki yang kaya, namun tidak semua mampu memenuhi kehendak Burki.

Dalam pada itu, Richard berkata, hanya terdapat 100 ahli lelaki aktif dalam laman cari jodoh itu dan tidak semua mampu menepati cita rasa Burki. – THE GUARDIAN