Portal berita BBC melaporkan, Jambatan Dhola-Sadiya yang dibina merentasi Sungai Lohit itu mempunyai struktur kukuh yang mampu menampung laluan kereta kebal seberat lebih 60 tan.

Pembinaan tersebut menelan kos sebanyak 10 bilion rupee (RM661 juta) dan akan membantu memendekkan masa perjalanan antara Assam dan Arunachal Pradesh dari enam jam kepada hanya satu jam dengan mengurangkan jarak sehingga 165 kilometer.

“Jambatan ini adalah salah satu daripada projek infrastruktur yang paling penting dalam negara kita selain menjadi pengge­rak kepada pembangunan pesat di negeri Assam dan bahagian utara India,” jelas Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Menurut Menteri Perumahan, Kiren Rijuju, kepentingan strategik jambatan itu dilaporkan amat besar kerana bakal membantu pasukan tentera India memasuki kawasan Arunachal Pradesh yang bersempadan dengan China lebih cepat dan mudah.

Selain jambatan tersebut, India juga sedang membina lebuh raya dua lorong trans-Arunachal dan melaksanakan empat lagi projek melebar serta menaik taraf jalan raya ketika Perang Dunia Kedua di kawasan berkenaan.

“Dengan China yang semakin agresif, sudah tiba masanya kami mengukuhkan infrastruktur fi­zi­kal untuk mempertahankan wilayah kami,” tegasnya.