Melania Trump memakai jaket yang bertulis "I Really Don't Care. Do U?" ketika pulang daripada lawatan di sempadan Amerika Syarikat-Mexico. - Reuters

Timbul pelbagai persoalan sama ada wanita pertama AS itu sengaja memilih fesyen sedemikian atau tersirat mesej daripadanya namun kepada siapakah mesej itu hendak ditujukan.

Imej Melanie memakai jaket berwarna hijau ketika menaiki tangga pesawat ke Texas itu yang pantas tular muncul ketika White House bertungkus lumus untuk meredakan kemarahan dunia terhadap polisi memisahkan kanak-kanak pendatang dengan ibu bapa mereka. - AFP