BBC melaporkan, Laura Cosbie, 35, ibu kepada dua anak dari Leicester itu mengakui berasa amat malu apabila tiga lelaki terpaksa membantu mengeluarkannya dari tempat duduk.

Mengimbau kembali kejadian itu, Laura berkata, setelah duduk dan roller-coaster itu bergerak, dia menjadi panik apabila me­rasa bimbang tempat duduk tidak dapat menampung berat badannya.

“Saya menangis sepanjang menaikinya dan apabila ia berakhir, saya cuba membuka klip keselamatan untuk keluar tetapi gagal.

“Dengan bantuan tiga lelaki, saya berjaya dikeluar­kan tetapi orang di sekeli­ling tidak melepaskan pan­dangan mereka daripada saya,” katanya.

Cosbie berkata, bagi men­­-
gurangkan berat badan, dia turut mengamalkan diet ma­kanan berkhasiat dan makan masakan dari rumah.

“Saya boleh menikmati makanan yang sedap dan pada masa sama, menurun­kan berat badan,” katanya.

Cosbie telah diberikan gelaran The Slimming World setelah berjaya menurun­kan berat badannya kepada 63 kilogram (kg) daripada 120kg.