Menurut agensi berita BBC, Akademi Filem Seni dan Sains yang menganjurkan Oscar semalam mengumumkan, pelakon filem aksi berusia 62 tahun itu dipilih untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman dalam majlis Anugerah Gabenor Ke-8 pada November ini.

Penghargaan itu diberikan ber­ikutan kejayaannya mencipta na­ma menerusi beberapa filem box-office di Hollywood antaranya Rum­ble in the Bronx, Rush Hour, Karate Kid, serta filem animasi Kung Fu Panda.

Selain Chan, penyunting, Anne Coates; pengarah lakon layar, Lynn Stalmaster dan penerbit dokumentari, Frederick Wiseman turut dipilih menerima anugerah tersebut.

“Anugerah kehormat ini diwu­judkan untuk selebriti se­perti Chan, Coates, Stalmaster dan Wi­seman yang menjadi perintis dan legenda dalam bidang mereka.

“Justeru, akademi dengan bangganya menghormati dan mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka,” kata Presiden Akademi Filem Seni dan Sains, Cheryl Boone Isaacs dalam satu kenya­taan.