Ahli politik berpengaruh Kosovo, Oliver Ivanovic mati ditembak dalam satu kejadian, di Kosovo hari ini. - AFP

Menuurut peguam, Nebosja Vlajic, Ivanovic ditembak mati secara tiba-tiba dan usaha untuk menyelamatkannya di sebuah hospital di sini gagal.

“Ivanovic ditembak sebanyak lima kali oleh individu tidak dikenali ketika tiba di pejabatnya,” jelas Vlajic.

Ivanovic, 64, dijangka menjalani perbicaraan berhubung dakwaan melakukan jenayah perang ketika konflik Kosovo selepas dakwaan sebelum ini digugurkan. – AFP