Presiden Perancis Emmanuel Macron menuduh Itali sebagai ‘tidak bertanggungjawab’ selepas kerajaan Rom enggan membuka pelabuhannya kepada kapal NGO Aquarius yang membawa ratusan pendatang di Mediterranean.

Kerajaan populis baru Itali segera bertindak balas terhadap tuduhan itu dengan mengeluarkan kutukan ‘pelajaran hipokrit’ dari negara seperti Perancis berhubung isu pendatang.

“Kenyataan tersebut mengenai (kapal kemanusiaan) Aquarius yang datang dari Perancis adalah mengejutkan...Itali tidak boleh menerima pelajaran hipokrit dari negara yang lebih suka mencari jalan lain terhadap pendatang,” kata kerajaan dalam satu kenyataan semalam.

Sebanyak 629 pendatang diselamatkan Aquarius yang dikendalikan oleh NGO SOS Mediterranean Perancis, terperangkap dalam kapal yang lebih muatan selama lebih 30 jam apabila Itali dan Malta yang bergaduh mengenai siapa yang patut mengambil mereka sebelum Sepanyol menawarkan diri untuk menerima mereka di pelabuhan Valencia. -AFP