lukman hakim saifuddin

Katanya, seseorang itu mengamalkan rasuah atas pelbagai sebab, namun permintaan melampau ahli keluarga terutamanya isteri, menjadi penyebab utama suami bertindak di luar batasan dan terpaksa me­nerima suapan.

“Saya menasihatkan ahli keluarga supaya jangan membuat permintaan melampau. Kebiasaannya, permin­taan luar biasa dibuat golongan wanita,” katanya seperti dilaporkan akhbar Kompas.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kehidupan mewah isteri golongan elit Indonesia yang gemarkan pakaian serta beg tangan berjenama.

Kenyataan Lukman Hakim itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan wanita.

Seorang suri rumah bernama Viona Syavita menyatakan adalah tidak adil untuk mempersalahkan wanita sebagai satu-satunya sebab rasuah berleluasa di republik ini.

“Jangan hanya salahkan isteri. Itu memang keterlaluan,” katanya.

Lukman Hakim menggantikan Suryadharma Ali, yang dihukum penjara enam tahun atas kesalahan rasuah.

Suryadharma dituduh membantu ahli keluarganya melangkaui senarai menunggu untuk menunaikan ibadah haji di Mekah.

Indonesia berada di tangga ke-88 daripada 168 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparensi Antarabangsa. –AFP