Menurut pihak istana, pasangan tersebut dijangka melangsungkan perkahwinan mereka penghujung tahun ini juga.

Puteri Eugenie yang berada pada kedudukan kelapan dalam senarai pewaris takhta merupakan puteri bongsu kepada Duke of York yang juga putera kedua Ratu Elizabeth II iaitu Putera Andrew hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Sarah.

Dalam pada itu, sekiranya perkahwinan itu menjadi kenyataan, ini merupakan kali pertama keluarga diraja Britain meraikan dua perkahwinan dalam tempoh setahun.

Terdahulu, adik pewaris kedua takhta Britain, Putera Harry dikhabarkan bakal mengahwini tunangnya yang juga seorang aktres, Meghan Markle awal tahun ini. -AFP