Tindakan itu akan menghalang penduduk Gaza bergerak menerusi lintasan itu pada minggu ini ketika Aidiladha, bermula malam Isnin sehingga malam Khamis.

Selain itu, pihak berkuasa Israel juga tidak menyatakan jangka masa penutupan lintasan sempadan itu.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman berkata dalam satu kenyataan, penutupan itu dibuat berikutan insiden ganas di sempadan Jumaat lalu.

Bantahan dan pertempuran pada Jumaat lalu menyaksikan dua penduduk Palestin terbunuh oleh tembakan Israel.-AFP