Menurut Duta Besar Israel ke PBB, Danny Danon dalam satu kenyataan dikeluarkan, satu-satunya perlindungan yang diperlukan oleh penduduk Palestin adalah daripada kepimpinan mereka sendiri.

Laporan sebanyak 14 muka surat itu menggariskan empat pilihan, antaranya meningkatkan bantuan kepada penduduk Palestin, menghantar pemerhati hak asasi manusia PBB dan pemantau tidak bersenjata untuk mengerahkan pasukan tentera atau polis di bawah PBB.

“Daripada mencadangkan cara untuk melindungi penduduk Palestin dari Israel, PBB harus menyuruh kepimpinan Palestin bertanggungjawab kerana membahayakan rakyatnya sendiri,” ujar Danon. - AFP