Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, Sabri Ahmed Abu Khader, 24, ditembak oleh tentera Israel.

Namun tentera Israel mengeluarkan kenyataan bahawa `beberapa pengganas cedera’ dalam satu letupan semasa cuba melakukan sabotaj dekat pagar sempadan.

Tentera rejim zionis itu bagaimanapun tidak menyatakan tentang tindakan anggotanya yang melepaskan tembakan.

Sekurang-kurangnya 131 penduduk Palestin dibunuh tentera Israel sejak bantahan besar-besaran di sempadan yang tercetus pada hujung bulan Mac lalu.

Tiada penduduk Israel ataupun anggota tentera rejim itu yang terbunuh dalam bantahan tersebut. - AFP

habis