Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas Parlimen rejim zio­nis Israel membenarkan Menteri Dalam Negeri untuk membatalkan permit residensi penduduk Palestin di timur Baitulmuqaddis jika mereka didapati ‘terlibat dalam keganasan’.

Menurut kenyataan Knesset, akta itu diluluskan pada Rabu lalu dengan majoriti 48 undi menyokong berban­ding 10.

Pada 2016, rejim Israel me­ngumumkan tidak akan menye­rahkan mayat penduduk Palestin yang didakwa melakukan sera­ngan untuk dikebumikan.

Pihak berkenaan menegaskan, mayat tersebut hanya akan dise­rahkan jika penduduk Palestin di Gaza menyerahkan dua mayat tentera Israel yang dipercayai dibunuh semasa perang di Gaza pada 2014.

Pada November tahun lalu pula, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memberi isyarat bahawa Israel tidak akan menyerahkan mayat lima pejuang Palestin yang terbunuh selepas tentera Israel meletupkan terowong di penting Gaza.

Mahkamah Agung Israel memutuskan pada Disember lalu bahawa dasar rejim itu adalah me­langgar undang-undang yang ada sekarang namun memberi pihak berkenaan tempoh enam bulan untuk membentuk perlembagaan baharu.

Melalui kenyataan Knesset itu juga, akta yang disemak semula memberi kuasa kepada komander-komander polis wilayah untuk ‘mewujudkan syarat pe­nyerahan mayat pejuang Palestin kepada keluarganya untuk dikebumikan’.

Rang undang-undang itu te­lah diusulkan dua ahli Parlimen daripada Parti Likud dan Jewish Home. – AFP