Menurut Lieberman dalam satu kenyataan dikeluarkan, kesemua unit rumah berkenaan yang diluluskan adalah untuk pembangunan segera pada tahun ini.

“Sebanyak 1,400 penempatan lagi akan diluluskan untuk pembangunan seterusnya. Kami komited untuk melaksanakan pembinaan di Judaea dan Samaria.

“Dalam beberapa bulan akan datang, kami akan memohon ribuan unit lagi untuk diluluskan,” kata Lieberman.

Penempatan di Tebing Barat dianggap tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa dan ditentang keras oleh penduduk Palestin.

Dalam rayuan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Selasa lalu, Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki menyifatkan penempatan Israel sebagai ancaman paling berbahaya kepada nyawa dan kesinambungan hidup penduduk Palestin. -AFP