Kenyataan Katz itu hadir ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melawat para pemimpin Eropah bagi membincangkan mengenai penglibatan serantau dan program nuklear Iran.

Kuasa besar Eropah cuba mencapai kesepakatan dengan segera berhubung program nuklear Iran sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan negara itu menarik diri daripada perjanjian berkenaan bulan lalu.

Katz menyifatkan tindakan Iran yang mahu memulakan semula proses pengayaan uranium sebagai satu ancaman serius.

Sementara itu, Iran telah memaklumkan kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bahawa negara itu telah melancarkan pelan untuk meningkatkan kapasiti pengayaan uranium.

“Surat telah diserahkan kepada agensi berkenaan semalam berhubung permulaan sesetengah aktiviti pelan tersebut,” ujar ketua nuklear Iran, Ali Akbar Salehi. - AFP