Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa keputusan membuka semula laluan tersebut adalah langkah untuk mewujudkan ‘suasana aman di sepanjang sempadan’ Israel dan Gaza.

Israel sebelum ini menutup laluan tersebut pada 19 Ogos lalu sebagai tindak balas terhadap pertempuran yang disifatkan sebagai keganasan, sekali gus menambah lagi sekatan ke atas wilayah yang dikuasai pergerakan Hamas itu.

Erez merupakan satu-sa­tu­nya laluan yang menghubungkan Gaza dengan Israel dan dikawal oleh tentera Zionis sejak berdekad lalu.

Laluan yang menghu­bungkan penduduk Gaza de­ngan Mesir sebelum ini sudah ditutup sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berusaha untuk melaksanakan gencatan senjata antara Hamas dan Israel selepas beberapa bulan berdepan ketegangan dan keganasan.

Sejak 30 Mac lalu, rakyat Palestin di Gaza berhimpun di kawasan sempadan menggesa supaya pelarian Pales­tin dibenarkan pulang ke tanah milik mereka yang kini dirampas oleh Israel.

Dalam tempoh tersebut, sekurang-kurangnya 172 pen­­­duduk Gaza terbunuh dalam serangan tentera Israel ma­na­kala seorang askar Israel ditembak mati oleh penembak tepat Palestin pada Julai lalu. – AFP