Menurut beliau, pengeluar senjata milik Israel, Israel Military Industries (IMI) akan menyiapkan sistem integrasi termaju `dalam tempoh beberapa tahun lagi’ yang `mampu melakukan sasaran tepat menggunakan pelancaran alat kawalan jauh’.

Menurut Lieberman, kontrak dengan IMI itu dikatakan bernilai `ratusan juta shekel’.

``Projek untuk membina roket dan sistem peluru berpandu sedang dilaksanakan, sebahagiannya telah memasuki peringkat pengeluaran dan sebahagian lagi dalam fasa terakhir penyelidikan dan pembangunan,’’ kata beliau dalam satu kenyataan. - AFP