Britain, Perancis, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jordan adalah antara negara yang lantang menentang undang-undang berkenaan.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pro-Palestin berkata, mereka akan menggesa Mahkamah Tinggi untuk meminda atau membatalkan undang-undang berkenaan, manakala pemimpin pembangkang, Isaac Herzog memberi amaran bahawa pelaksanaan itu hanya bakal menyebabkan pegawai Israel dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Perancis menganggap undang-undang itu sebagai suatu serangan terbaharu kepada penyelesaian antara Palestin dan Israel manakala Britain menyifatkan tindakan Israel itu hanya menjatuhkan martabat mereka dengan rakan sekutu antarabangsa. - AFP