Undang-undang itu diluluskan semalam sekali gus memberi kuasa kepada kerajaan Israel untuk menahan sejumlah wang bayaran kepada banduan dan keluarga masing-masing.

Israel memungut sekitar AS$127 juta (RM513 juta) sebulan berupa levi duti kastam terhadap barangan untuk pasaran di Palestin yang transit di pelabuhan-pelabuhan Israel dan kemudian dipindahkan kepada PA.

Menurut seorang ahli Parlimen yang mencadangkan undang-undang itu, PA membayar sekitar AS$330 juta (RM1.3 bilion) setahun kepada banduan dan keluarga mereka iaitu sebanyak tujuh peratus daripada bajetnya. - AFP