Nasib penduduk berkenaan mendapat perhatian dunia apabila negara-negara Eropah menggesa Israel menghentikan rancangan untuk merobohkan perkampungan tersebut.

Namun Mahkamah Agung Israel pada 5 September lalu menolak rayuan untuk menghalang tindakan tersebut sebaliknya membenarkan pihak berkuasa zionis itu meneruskan usaha merobohkan rumah penduduk terbabit.

Israel mendakwa perkampungan itu dibina tanpa sebarang permit walaupun hakikatnya amat sukar untuk penduduk Palestin memperoleh permit di kawasan terbabit.

Notis arahan keluar itu telah diserahkan kepada 200 penduduk Khan al-Ahmar hari ini dan memberi mereka tempoh sehingga hujung bulan untuk merobohkan sendiri rumah masing-masing. - AFP