Menurut ketua eksekutif kumpulan berkenaan, SpaceIL, Ido Anteby, kapal berkenaan yang berbentuk bulat dan mempunyai empat kaki fiber karbon itu dijangka akan berlepas pada bulan Disember kelak dari Florida, Amerika Syarikat (AS).

Ia ditugaskan untuk menghantar gambar dan video ke Bumi selama dua hari dan mengukur medan magnet.

“Kapal angkasa kami akan menjadi yang terkecil mendarat di Bulan,” kata Anteby. - REUTERS