Jelas beliau, Asean perlu menolak IS dan menangkis ideologi palsu mereka yang jelas bertentangan dengan prinsip murni dan ajaran mulia Islam.

“Untuk itu, Asean perlu berkongsi maklumat risikan yang boleh memberikan amaran awal kepada sesama negara anggota.

“Kenyataan ini ju­ga diharap dapat mengurangkan risiko perkauman dalam ka­langan negara-ne­gara anggota Asean,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan Singapura, di sini semalam.

Dalam kenyataan itu, Eng Hen turut berkata, 10 Menteri Pertahanan Asean sebulat suara menganggap IS sebagai ancaman keselamatan kepada rantau ini dan global.

Persetujuan itu dicapai semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) Ke-9 di Langkawi, semalam.

Sepuluh negara anggota Asean turut bersetuju berkongsi maklumat bagi menghadapi acaman kumpulan pelampau di rantau ini.

Eng Hen berkata, Singapura akan menjadi tuan rumah simposium Sidang Kemuncak Komuniti ASEAN (EAC) pada bulan depan bagi berkongsi pendekatan terbaik mengekang fahaman radikal serta mengga­lakkan keharmonian agama. – BERNAMA