“Kegembiraan kami adalah mutlak, kemenangan sudah dicapai dan wilayah Niveneh kini dalam genggaman tentera kami,” ujar kenyataan tersebut.

Kemenangan itu muncul beberapa minggu selepas tentera Iraq disokong oleh pakatan diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) mengusir Daesh dari Mosul.

Daesh kehilangan banyak wilayah tawanannya dan beribu-ribu anggotanya terbunuh sejak 2014, ketika pakatan ditubuhkan untuk menumpaskan mereka. - AFP