Menurut jurucakap tentera Iraq, pesawat perang F-16 Iraq memasuki Syria dan melancarkan serangan selepas menerima koordinasi daripada kerajaan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

“Melancarkan serangan udara terhadap Daesh di Syria adalah disebabkan bahaya yang bakal dibawa oleh kumpulan terbabit kepada Iraq dan sebagai bukti kemampuan tentera bersenjata kami,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh tentera Iraq.