“Saya boleh menyatakan bahawa komitmen yang dilakukan oleh Iran di bawah perjanjian nuklear sedang dilaksanakan,” kata ketua agensi tersebut, Yukiya Amano dalam ucapannya ketika persidangan di Rom.

Bulan lalu, IAEA mengeluarkan laporan yang menunjukkan pematuhan Iran terhadap program terbabit selepas berjaya membekukan beberapa aktiviti nuklear Tehran. - AFP