Para pegawai Iran sebelum ini telah mengancam untuk menyekat Selat Hormuz, laluan utama kapal minyak sebagai tindak balas terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS).

Ketegangan antara Iran dan AS tercetus sejak Presiden Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 antara Iran dan kuasa-kuasa besar dunia pada Mei lalu dan mengenakan semula sekatan kepada negara ini.

Pegawai kanan AS pernah memaklumkan, mereka mahu mengurangkan eksport minyak Iran sehingga sifar.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei pada bulan lalu berkata, beliau menyokong cadangan bahawa jika Iran tidak dibenarkan untuk mengeksport minyak maka tiada mana-mana negara di rantau itu dibenarkan mengeksport minyak dari berkenaan. - Reuters