SEORANG lelaki sering berdepan dengan pelbagai kesukaran setiap
SEORANG lelaki sering berdepan dengan pelbagai kesukaran setiap

Lelaki yang bernama Slamet Hari Natal itu dilahirkan ketika sambutan Krismas di Desa Wonomulyo dalam daerah Poncokusumo dekat sini.

Disebabkan namanya yang pelik itu, Slamet sering dipanggil sebagai Slamet Yesus walaupun beragama Islam.

Menurut Slamet, antara kesukaran yang dihadapinya ialah ketika menguruskan persekolahan anaknya.

“Ramai sangsi dengan nama saya dan perkara itu terjadi setiap kali berurusan di mana-mana pejabat.

“Setiap kali itu jugalah, saya terpaksa mengungkapkan ayat yang sama kepada mereka: ‘Ini memang nama saya dan saya bukan main-main!’” ujar Slamet.

Jelas Slamet, urusannya kadang-kadang menjadi terlalu sukar hanya disebabkan terpaksa bertekak dengan petugas di pejabat tempat dia berurusan berhubung nama sebenarnya.

Bahkan, Slamet berkata, dia terpaksa mengirimkan kad pengenalan kepada anaknya yang kini bekerja sebagai seorang askar di Kalimantan Utara sebagai bukti.

Nama Slamet yang lahir pada Hari Krismas 54 tahun lalu itu diberikan oleh seorang bidan yang menyambut kelahirannya.

Hasil perkahwinannya dengan Setiyowati, Slamet memiliki tiga anak iaitu Arif Wendi Yunianto Frediansyah, Nova Dewi Nur Ayomi Ayu dan Guruh Tedi Prasetyo Susanti. – KOMPAS.COM