Julie Anne Genter dan pasangannya, Peter Nunns menunjukkan bayi

Julie Anne Genter dan pasangannya, Peter Nunns menunjukkan bayi lelaki yang selamat dilahirkan. - AFP

Julie Anne Genter, seorang aktivis alam sekitar dan gemar berkayuh basikal, memilih berkayuh sejauh satu kilometer dari rumahnya ke Hospital Bandar Auckland untuk melahirkan anak.

Tindakan beliau mengejutkan ramai, termasuk rakan sekerja telah mendapat perhatian media di seluruh dunia.

Bintang Hollywood, Kristin Bell, dalam twitternya menyifatkan menteri berkenaan sebagai seorang wanita yang cukup kuat.

Genter, ketika itu mengandung 42 minggu berkata, kereta yang ada terlalu kecil untuk dan kakitangan pembantu, jadi dengan berkayuh basikal adalah yang terbaik.

"Kami teruja mengumumkan bayi dilahirkan pada pukul 18.03 petang ini, dengan berat hampir 4.3kg," katanya dalam hantaran di media sosial.

 

Genter merancang untuk mengambil tiga bulan cuti bersalin.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern, yang baru mula bekerja selepas enam minggu cuti bersalin mengucapkan tahniah kepada rakan sekerjanya itu. - AFP