Menurut empat sumber, berpuluh kapal terbang dimiliki individu dan disewa syarikat-syarikat yang bernilai jutaan dolar Amerika Syarikat (AS) tersadai di seluruh negara termasuk Riyadh dan Jeddah.

Sebahagiannya telah diserahkan kepada kerajaan bagi penyelesaian selepas tindakan keras dilancarkan penghujung 2017 yang menyaksikan berpuluh putera, ahli perniagaan dan pegawai kerajaan ditahan.

Selain itu, kapal terbang juga dimiliki orang Arab Saudi menghadapi larangan perjalanan atau keberatan untuk terbang kerana risau mempamerkan kekayaan yang mungkin dilihat sebagai cemuhan kepada kempen antirasuah. - REUTERS