Menteri Maritim dan Perikanan, Susi Pudjiastuti berkata, langkah itu bertujuan memberi peringatan kepada mereka yang menangkap ikan dan sumber laut lain secara haram.

Tindakan terhadap ‘penceroboh’ perairan negara ini dilakukan setelah kerajaan mengumpul semua bukti berhubung pelanggaran undang-undang perairan negara dilakukan oleh bot-bot.

“Bot-bot itu ditenggelamkan kerana melanggar undang-undang perikanan,” kata Pudjiastuti. - BERNAMA