Sebanyak 44 pendatang yang­ kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkandas di wilayah Aceh selama seminggu selepas pihak berkuasa di barat wilayah itu enggan membenarkan mereka mendarat.

Pihak berkuasa Aceh telah membina kem-kem di sepanjang pantai berkenaan untuk penda­tang tersebut yang hanyut setelah bot yang mengibarkan ben­dera India itu rosak semasa dalam pelayaran ke Australia.

Pihak polis juga dilihat mengambil gambar pendatang yang dibawa ke darat dalam usaha mengenal pasti identiti mereka.

Sebelum ini polis memaklumkan, bot tersebut akan ditunda ke perairan antarabangsa bagi meneruskan perjalanan sejurus diperbaiki dan cuaca baik.

“Kami gembira akhirnya ke­putusan itu dilaksanakan dan perkara paling penting ialah memak­lumkan kepada Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),’’ kata Pengarah Antarabangsa Ya­ya­san Geutanyoe. – AFP