Namun tanpa pe­ranan beliau, du­nia berkemung­ki­nan menghadapi perang nuklear pa­da 1983.

Petrov disahkan meninggal dunia pa­da 19 Mei lalu ketika berusia 77 tahun.

Berita itu di­sam­paikan oleh pembikin filem Jerman, Karl Schu­­­macher yang membawa kisah Pe­trov ke layar perak antarabangsa.

Schumacher pada mulanya menelefon Petrov untuk mengucapkan selamat hari jadi pada 7 September lalu, namun anaknya, Dmitry me­ngatakan bapa­nya te­lah meninggal dunia.

Pada 1983, Petrov yang ketika itu bertugas di Pusat Amaran Awal Nuklear Rusia dilaporkan mengesan peluru berpandu da­ri Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, beliau meng­ambil keputusan untuk tidak me­laporkan amaran itu kepada pihak atasan tentera dan me­nga­takan amaran peluru berpandu itu adalah palsu.

“Saya mempunyai semua data yang mengatakan serangan itu akan berlaku. Jika saya melaporkan kepada pihak atasan, mereka semua pasti akan percaya.

“Sekitar 23 minit selepas itu, saya menyedari tiada apa-apa berlaku. Saya begitu lega,” ujar Petrov ketika ditemu bual oleh Perkhidmatan Rusia BBC pada 2013.

Tambah Petrov, sekiranya be­liau melaporkan amaran itu kepada pihak atasan tentera, pe­perangan antara Rusia dan AS mungkin berlaku serta tidak mustahil, Perang Dunia Ketiga boleh tercetus pada bila-bila masa.