Lapor Mail Online yang memetik saintis sebagai berkata, mereka menemukan hubu­ngan antara kuasa minda dan muzik instrumental seperti klasik dan jazz.

Lebih empat ratus pelajar di Croatia terlibat dalam kajian yang dijalankan penyelidik dari Universiti Oxford Brookes.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Biological Sciences mendapati, individu dengan intelektual rendah menggemari muzik dengan lirik berbanding pengorkestraan kompleks.

Ia mengukuhkan lagi teori popular oleh Satoshi Kanazawa yang dikenali sebagai hipotesis Savanna-IQ mengaitkan intelek dengan novel atau rangsangan luar biasa.

Ketua kajian, Elena Racevska melakukan penyelidikan ke atas 467 orang responden dengan meminta mereka melakukan ujian kecerdasan selain diminta menilai genre muzik mengikut urutan.

Ironinya, mereka yang memperoleh markah kecerdasan intelektual (IQ) tertinggi menunjukkan pilihan yang jelas untuk muzik instrumental.

Bagaimanapun Racevska mengakui bahawa kajian dijalankan adalah terhad kerana tidak mengambil kira pelbagai faktor lain seperti umur dan tahap pendidikan. – AGENSI